Konsert The 1975 di Indonesia, Taiwan dibatal serta-merta

Kumpulan muzik The 1975 yang melakukan konsert di Brazil pada Mac lalu. - Agensi
Kumpulan muzik The 1975 yang melakukan konsert di Brazil pada Mac lalu. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Kumpulan muzik British, The 1975 berkata, mereka membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia, sehari selepas aksi bercium sesama jenis di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor.

“Malangnya, disebabkan keadaan semasa maka adalah mustahil untuk kami meneruskan rancangan seperti dijadualkan,” kata kumpulan pop rock itu dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Pada Sabtu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.

Di Malaysia, budaya homoseksualiti adalah kesalahan jenayah kerana penduduk negara ini adalah majoriti beragama Islam.

Insiden pada Jumaat lalu telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.

Awalnya, The 1975 dijangka meneruskan persembahan di Jakarta, Indonesia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia dan menentang sekeras-kerasanya komuniti LGBT.

Sebelum ini, acara berkaitan LGBT turut dibantah diadakan di republik itu oleh kumpulan Islam termasuk lawatan utusan LGBT khas Amerika Syarikat (AS) dan acara LBGT Asia Tenggara pada bulan ini.

Tidak jelas mengapa kumpulan The 1975 membatalkan persembahannya di Taiwan pada 25 Julai ini. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi biadab The 1975 undang kemarahan orang ramai

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi

'Haramkan The 1975 masuk ke Malaysia' - Dr Akmal

The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia

Tiga laporan polis diterima berhubung kumpulan The 1975