Manifesto bukan kitab suci tapi boleh jadi senjata makan tuan

Seramai 570 calon kini sedang sibuk berkempen bagi meraih sokongan 9.7 juta pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Sabtu ini. - Gambar hiasan
Seramai 570 calon kini sedang sibuk berkempen bagi meraih sokongan 9.7 juta pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Sabtu ini. - Gambar hiasan
A
A
A

SERAMAI 570 calon kini sedang sibuk berkempen bagi meraih sokongan 9.7 juta pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Sabtu ini.

Sudah tentu pelbagai pertimbangan akan diambil oleh pengundi sebelum memangkah di kertas undi, antaranya calon, parti politik dan juga janji-janji semasa berkempen.

Satu yang Merak Jalanan tertarik ialah manifesto parti bertanding. Merak Jalanan percaya, ramai yang masih waswas untuk mempercayainya.

Sebabnya perkataan manifesto itu telah dikotori dengan sangat teruk sehingga semua berkaitannya dianggap sekadar janji manis yang tidak boleh dipercayai.

Berdasarkan pemerhatian Merak Jalanan, ramai tidak lupa ungkapan ‘manifesto bukan kitab suci’ oleh kerajaan terdahulu selepas gagal mengotakannya.

Sedangkan manifesto merupakan satu aku janji parti yang bertanding kepada rakyat yang wajib ditunaikan sekiranya menang.

Bak kata Perdana Menteri, politik bukan sekadar janji tapi kena tunai. Malangnya segelintir ahli politik suka tabur janji, malah sanggup menawarkan ‘bulan dan bintang’ untuk meraih sokongan rakyat. Akhirnya makan diri sendiri diserang sana-sini akibat gagal tunaikan janji.

Walaupun manifesto bukan kitab suci, tapi Merak Jalanan percaya, rakyat mengharapkan tawaran yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan boleh mengubah kehidupan rakyat ke arah lebih baik pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Orang politik kena sedar, rakyat hari ini sudah bijak menilai sama ada janji manifesto itu boleh ditunaikan atau tidak kerana mereka akan menuntut segala janji dan tawaran itu selepas pilihan raya.

Jika gagal ditunaikan atau dilaksanakan, ia boleh menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti yang menjadi kerajaan.

Nasihat Merak Jalanan, elakkan berjanji bulan bintang seperti pendidikan percuma, minyak turun, mansuh tol dan hapus pinjaman pelajaran.