'Salahuddin paling istimewa di hati saya - Hannah

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub ke rahmatullah malam Ahad, bukan hanya membuatkan Hannah Yeoh kehilangan rakan sekerja yang berpekerti mulia, malah seorang sahabat karib.

Ia membuatkan Menteri Belia dan Sukan itu sebaik menerima mesej di aplikasi WhatsApp memaklumkan berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkenaan.

“Saya masih tidak dapat menerima pemergian beliau yang amat mengejutkan ini. Saya berulang kali membaca semula mesej Whatsapp kami.

“Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat kerusi kosong beliau dalam mesyuarat Kabinet minggu ini. Berat sungguh hati ini membayangkannya,” luah Hannah dalam hantaran di akaun Facebook beliau pada Isnin.

Allahyarham Salahuddin, kata Hannah, berada di kedudukan paling istimewa di hatinya.

“Selalu saya beri tahu beliau yang saya tidak akan pernah lupa budi baik beliau kepada saya.

“Pernah sekali dalam Parlimen, mantan menteri membuat komen murahan semasa perbahasan saya. Salahuddin lah yang kemudiannya mempertahankan saya dalam ucapan beliau.

“Dalam politik, sesuatu yang tidak ternilai harganya apabila melihat rakan ahli Parlimen bangun berdiri mempertahankan anda. Hansard telah membuktikan nilai persahabatan kami,” ujar Hannah lagi.

Bukan itu sahaja, bahkan, cerita Hannah, ketika melancarkan buku Becoming Hannah yang digunakan pihak lawan sebagai senjata politik untuk menyerangnya, Allahyarham Salahuddin antara yang bangun mempertahankannya.

“Bila mana warna kulit, kaum dan agama menjadi modal politik bagi sesetengah ahli politik untuk memecahbelahkan rakyat, saya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai sahabat seperti Salahuddin.

“Buat rakyat Malaysia, hari ini, semakin sukar untuk memperoleh erti persahabatan yang tulen dan yang mampu mengubah hidup melangkaui bangsa, agama dan fahaman politik dan bahkan generasi anda sendiri.

“Melalui Salahuddin, saya merasai kebaikan dan ketentuan Tuhan. Salahuddin memahami cinta dan keyakinan saya kepada Yang Maha Esa. Tuhan benar-benar mengurniakan saya seorang sahabat sejati.

“Saya tak mampu mengungkapkan kata-kata supaya anda berehat wahai sahabat,

“Saya belum bersedia melepaskan anda pergi. Saya benar-benar belum bersedia,” luah Hannah lagi.

Dalam catatan itu juga, Hannah bercerita bagaimana Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang menteri yang sentiasa bekerja keras.

“Buat semua rakyat Malaysia, saya bersaksi bahawa Salahuddin tidak pernah sesekali mempersiakan setiap saat yang kalian mandatkan kepada beliau di Putrajaya. Beliau bekerja keras sehingga akhir hari Jumaat.”

Berkat dedikasi dan komitmen Salahuddin pada ‘Program Rahmah’ dirintis Allahyarham, kata Hannah, telah memberi kesan kepada rakyat sejak hari pertama ia dilancarkan.

Menurut Hannah juga, Program Rahmah bukan sekadar program, sebaliknya, inisiatif itu mahu dijadikan Allahyarham sebagai sistem nilai - para peniaga saling tolong-menolong mereka yang memerlukan agar tiada siapa lagi yang kelaparan dalam negara ini.

Allahyarham Salahuddin menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada pukul 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Beliau yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai