Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub
Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada 12 tengah hari Isnin.

Menurut jadual perancangan dikongsikan Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin iaitu Syakirin Husnal, ziarah jenazah di kediaman ibu Allahyarham ditetapkan pada 7 pagi di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

Sementara ziarah jenazah di kediaman Allahyarham pula ditetapkan pada jam 10 pagi di TL7, Jalan Adil, Serkat dan solat jenazah dijadual pada 11 pagi di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat.

"Keluarga Allahyarham turut mengirimkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa dan ingatan terhadap Allahyarham,” katanya.

Salahuddin, 61, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram meninggal dunia pada 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Semalam, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai