Dokumen didedahkan bukan perjanjian lupus hutang peneroka Felda - Marzuki

Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Marzuki)
Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Marzuki)
A
A
A

SHAH ALAM - Dokumen yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak membuktikan perjanjian pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad mendakwa, dokumen berkenaan adalah perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat.

“Dokumen yang disiarkan menerusi kenyataan media Perdana Menteri tidak membuktikan pelupusan hutang peneroka hanya dibuat pada bulan Jun 2023. Ia adalah berkenaan penerbitan sukuk berjamin kerajaan yang memang merupakan sebahagian daripada keputusan kabinet pada tahun 2020.

“Sesiapa pun yang menjadi Menteri Kewangan mesti menandatangani dokumen ini. Seingat saya Tan Sri Muhyiddin tidak pernah jadi Menteri Kewangan.

“Penyiaran dokumen ini mengesahkan telahan saya sebelum ini bahawa dokumen yang ditandatangani oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda tetapi perjanjian berkaitan sukuk berjaminan kerajaan," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Anwar dilapor mendedahkan bukti dokumen berkaitan penghapusan hutang peneroka Felda menerusi lampiran perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) yang ditandatangani antara Felda, kerajaan Malaysia dan Amanah Raya Berhad serta dokumen berbentuk digital arahan pembayaran kerajaan Malaysia berjumlah RM990 juta.

Dalam pada itu Marzuki berkata, ketika kerajaan bawah pentadbiran Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri, kabinet telah meluluskan Pelan Pemulihan Felda yang turut merangkumi pelupusan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ia termasuk penerbitan sukuk RM9.9 bilion secara berperingkat untuk tujuan pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) dan penyelesaian hutang Felda dengan Maybank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelan tersebut turut merangkumi penyediaan geran tahunan RM990 juta kepada Felda oleh kerajaan persekutuan.

“Untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan kabinet pada 14 Oktober 2020 yang telah melupuskan hutang peneroka Felda, eloklah kerajaan ‘declassify’ minit mesyuarat tersebut untuk tatapan rakyat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang Felda: Anwar tunjuk bukti, desak Muhyiddin mohon maaf

Hutang Felda: Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai - PM

Hutang peneroka Felda: Muhyiddin hantar notis tuntutan kepada Anwar

PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda

Hutang Felda: Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai - PM

Muhyiddin jawab isu hutang peneroka Felda

Ketua peneroka sambut baik usaha kerajaan hapus hutang Felda, tampil jelas perkara sebenar

Kerajaan PN tidak tepati janji lupus hutang peneroka - Ahmad Shabery

Radzi minta PM semak fakta pelupusan hutang peneroka Felda

Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion bantu lupus hutang peneroka Felda

Hutang peneroka: Muhyiddin tak bohong, kenyataan Anwar mengelirukan - Tosrin

Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda

RM8.3 bilion hutang peneroka Felda dilupus