Muhyiddin jawab isu hutang peneroka Felda

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.

Muhyiddin dengan tegas menyatakan bahawa pelupusan hutang peneroka Felda dilaksanakan ketika beliau menjawat jawatan perdana menteri.

“Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023, pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021.

“Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai Felda, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan.

“Mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh juga membuat kenyataan pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion selesai dilaksanakan pada tahun 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Anwar pada sambutan Hari Peneroka Felda berkata, pengumuman mengenai pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.

Menurut Anwar, kerajaan PN hanya membuat pengumuman pelupusan hutang berjumlah RM8.3 bilion tersebut.

Muhyiddin memaklumkan, dirinya bukanlah seorang yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji.

"Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

"Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Peneroka Felda terima manfaat, tingkat kualiti hidup - Penganalisis

Kerajaan lulus dana RM1 bilion setahun untuk kelangsungan Felda

Felda Maokil 1 menang RM1 juta

Kerajaan bantu penstrukturan semula pinjaman Felda - PM

Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tadbir urus - Anwar

Peneroka usul empat permintaan tampung kebajikan warga Felda

Peneroka harap kerajaan dapat selesaikan isu tertangguh

Dilabel orang luar, Ahmad Shabery terima sebagai cabaran

Pemansuhan 80 peratus hutang berita dinantikan peneroka Felda