Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion bantu lupus hutang peneroka Felda

Kerajaan meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.
Kerajaan meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, bermula tahun ini, kerajaan menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk FELDA itu yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

“Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan Felda, termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

“Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan jaminan kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk Felda menerbitkan sukuk,” kata MOF dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.

Muhyiddin turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.

Pada Sabtu, Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa kerajaan PN pimpinan Muhyiddin itu tidak melaksanakan janji dalam melupuskan hutang peneroka.

Ujar Ahmad Shabery, pada tahun 2021 kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengumumkan pelupusan hutang peneroka kepada Felda.