Curi telefon punca mak nyah mati dibelasah

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A
KLANG - Seorang mak nyah yang maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi di sini Rabu lalu dipercayai kerana tindakannya mencuri telefon bimbit milik pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis telah menahan empat lelaki berusia 16 hinga 21 tahun dalam tangkapan di sekitar Klang.

"Soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dengan seorang lagi rakan mereka yang masih diburu.

"Motif kejadian disebabkan mangsa berusia 32 tahun itu didakwa telah mencuri telefon bimbit jenis Huawei Nouva 2i milik salah daripada suspek semasa melanggan mangsa pada November lalu," katanya.

Beliau berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman terhadap dua suspek selama enam hari bermula semalam, manakala dua lagi akan dipohon reman pagi ini.
Artikel Berkaitan:


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, mangsa yang berasal dari Sabah itu disahkan meninggal dunia pukul 10.47 pagi kelmarin, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 32 kecederaan pada seluruh badan mangsa dengan pendarahan yang teruk termasuk di bahagian otak dan retak pada tengkorak.