Pekerja hotel maut, motosikal langgar pengadang jalan

Lokasi kemalangan melibatkan pekerja hotel di KM32 Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya pada Khamis.
Lokasi kemalangan melibatkan pekerja hotel di KM32 Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pekerja hotel maut setelah motosikal ditungganggnya terbabas sebelum melanggar pengadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 32 Lebuhraya Persekutuan di sini pada Khamis.

Mangsa lelaki warga tempatan berumur 26 tahun dipercayai menunggang motosikal jenis Honda ADV 160 seorang diri ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima berkaitan kejadian kira-kira jam 9.21 pagi.

"Siasatan mendapati ketika kejadian kira-kira jam 8.42 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar pengadang kiri jalan di laluan motosikal lebuh raya berkenaan.

"Mangsa kemudiannya terjatuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232," katanya.

Artikel Berkaitan: