Sanusi beri bayangan pertuduhan mahkamah tak halang bertanding PRN

Sanusi ketika ditemui pengamal media selepas selesai menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa. - Foto Bernama
Sanusi ketika ditemui pengamal media selepas selesai menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan tindakan perundangan yang dikenakan terhadap beliau hari ini tidak menghalangnya menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Mahkamah telah menetapkan 4 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

"Alhamdulillah Oktober, ni dan (sempat) masuk PRN dulu...," katanya kepada pemberita selepas prosiding kedua kes itu.

Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh masing-masing membenarkan Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan mengarahkannya tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai serta menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sanusi membayar wang jaminan berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu selepas selesai prosiding berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah