SPRM tahan penjawat awam syor keluarga terima rumah SMJ

Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi Isnin, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.
Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi Isnin, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.
A
A
A

KOTA KINABALU – Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan ahli keluarganya yang tidak layak sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 dan rumah yang dibina atas nama dua penama, iaitu bapa mentua dan adik iparnya, telah siap pada tahun 2023.

Namun, sehingga tahun 2025 didapati rumah tersebut masih belum didiami dan perkara itu menimbulkan keraguan terhadap kelayakan sebenar penerima serta berpotensi menjejaskan objektif program bantuan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sandakan esok,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penjawat awam di Sabah ditahan oleh SPRM kerana menyalahgunakan kuasa
  • Suspek merekomendasikan ahli keluarganya yang tidak layak sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya
  • Penahanan berlaku ketika suspek hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan
  • Rumah yang dibina untuk bapa mentua dan adik iparnya siap pada tahun 2023 tetapi belum diduduki sehingga tahun 2025
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh di Mahkamah Seksyen Sandakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!