Petisyen ditolak, Harun Durabi kekal ADUN Bengkoka

Harun Durabi
Harun Durabi
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Petisyen Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka ditolak Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Dean Wayne Daly yang membenarkan Bantahan Awal (Preliminary Objections) yang dikemukakan oleh pihak-pihak responden.

Mahkamah mendapati bahawa petisyen berkenaan gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, termasuk Peraturan 3(1) dan 3(2), Peraturan 4(1), Peraturan 9 serta Peraturan 15 yang merupakan syarat asas bagi menggerakkan bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya.

Sehubungan itu, petisyen tersebut ditolak tanpa melalui perbicaraan penuh dan mahkamah turut memerintahkan kos dibayar kepada responden.

Dengan keputusan tersebut, Datuk Harun Durabi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka seperti yang digazetkan sebelum ini.

Harun diwakili barisan peguamnya iaitu Mohd Reduan Aklee, Hassan Murtaza, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mortimer Maluda dan Wong Chik Kien.

Responden kedua dan ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Alwi dan Raja Shahril Anuar Raja Baniamin dari Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, Samuil diwakili oleh peguamnya, Jaikol Situn dan Rijolin Molisin.

Kes ini merupakan petisyen pertama yang diputuskan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 29 November 2025.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Petisyen Pilihan Raya bagi kerusi DUN Bengkoka ditolak Mahkamah Pilihan Raya
  • Keputusan itu dibuat kerana petisyen tidak mematuhi keperluan mandatori Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954
  • Petisyen ditolak tanpa perbicaraan penuh dan kos dibayar kepada responden
  • Datuk Harun Durabi kekal sebagai ADUN Bengkoka
  • Kes ini adalah petisyen pertama diputuskan bagi PRN Sabah yang berlangsung pada 29 November 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!