Nikmati Wonda Coffee bersama Grab

Pelbagai kejutan menanti pelanggan yang menempah kereta Grab berjenama Wonda Coffee.
Pelbagai kejutan menanti pelanggan yang menempah kereta Grab berjenama Wonda Coffee.
A
A
A
PELANGGAN Grab Malaysia berpeluang menikmati sensasi aroma Wonda Coffee ketika menggunakan perkhidmatan syarikat e-panggilan itu sepanjang perjalanan mereka.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram berkata, kerjasama eksklusif antara Wonda Coffee dan Grab Malaysia berlangsung sehingga 24 Jun 2019 itu akan memberikan pelbagai kejutan kepada pelanggan yang menempah kereta Grab berjenama Wonda Coffee.

"Pelanggan juga berpeluang merasai pengalaman luar biasa dan bakal disambut dengan jingle terkenal Wonda Coffee ketika membuka pintu kereta.

"Lebih menarik, penumpang bakal menikmati Wonda Zero Max Original tanpa gula tambahan secara percuma dengan hannya mengimbas kod QR yang disediakan pada penyangkut dalam kereta,” katanya.

Baliau berkata demikian pada majlis kerjasama Wonda Coffee dan Grab Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Ketua GrabAds Grab Malaysia, Vivek Muganthan berkata, pihaknya sentiasa percaya bahawa terdapat pelbagai cara baru untuk pengguna menemui jenama kegemaran mereka sepanjang perjalanan dengan Grab dan menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Bersama-sama Wonda Coffee, kami mencipta pengalaman mengasyikkan untuk pelanggan dan pencinta kopi," katanya.