Myanmar terus dibelenggu keganasan - Ketua Hak Asasi PBB

Turk berkata, sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari 2021, ekonomi Myanmar semakin meruncing, kemiskinan bertambah teruk, sumber asli dieksploitasi, ditahan dengan sewenang-wenangnya, lenyap tanpa dapat dikesan dan diseksa. - Foto fail AFP

A
A
A

GENEVA - Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis berkata, pihak berkuasa tentera Myanmar masih meneruskan "keganasan yang melampau," lapor Agensi Anadolu.

Semasa dialog interaktif mengenai Myanmar di Geneva sempena sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk berkata: "Tidak dapat dibayangkan bagaimana rakyat Myanmar mampu menghadapi penderitaan yang berterusan."

Beliau berkata, sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februai 2021, ekonomi semakin meruncing, kemiskinan bertambah teruk, sumber asli dieksploitasi, ditahan dengan sewenang-wenangnya, lenyap tanpa dapat dikesan dan diseksa.

"Laporan yang saya bentangkan kepada Majlis hari ini memfokuskan kepada penafian oleh tentera terhadap bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

"Mereka telah meletakkan pelbagai halangan undang-undang, kewangan dan birokrasi untuk memastikan bantuan tidak dapat sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Turk berkata, 15.2 juta orang memerlukan segera bantuan makanan. - Bernama- Agensi Anadolu