Bahan letupan ditemukan di sebuah masjid di Sri Lanka

Pihak berkuasa di Sri Lanka memperketat kawalan keselamatan ekoran serangan bom yang mengorbankan lebih 250 nyawa pada 21 April lalu. -Foto AFP
Pihak berkuasa di Sri Lanka memperketat kawalan keselamatan ekoran serangan bom yang mengorbankan lebih 250 nyawa pada 21 April lalu. -Foto AFP
A
A
A

WELIPENNA - SRI LANKA. Tiga butir bom buatan tempatan dan 100 gram ammonia ditemukan tertanam di belakang sebuah masjid di Sri Lanka.

Laporan Daily Mirror menyebut, bahan letupan tersebut ditemukan di Wilipenna pada Jumaat lalu ketika operasi bersama oleh Pasukan Tugas Khas dan pihak polis.

Menurut polis, seorang individu berusia 42 tahun ditahan ekoran penemuan bahan letupan terbabit.

16 papan litar berteknologi tinggi, 16 kad SIM, beberapa cakera padat, perkakasan komputer dan sebuah kereta turut dirampas di sebuah rumah di Pirivena Mawatha,Gunung Lavinia.

Seorang lelaki berusia 52 tahun turut ditahan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Sri Lanka menyeru orang ramai untuk menyerahkan senjata seperti pedang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, ia ekoran kebimbangan memuncak berikutan siri pengeboman yang meragut lebih 250 nyawa pada 21 April lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: