Usah kait pekerjaan mangsa dengan pembalakan haram - MB

Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, pada Khamis..
Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, pada Khamis..
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan pekerjaan mangsa tragedi kepala air sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di Kemaman tidak boleh dikaitkan dengan kewujudan aktiviti pembalakan haram di kawasan berkenaan.

Menurutnya, semua pihak perlu menunggu perkembangan lanjut siasatan sebelum membuat sebarang spekulasi berhubung punca kejadian tragedi itu.

"Saya rasa tiada kaitan (aktiviti pembalakan sebagai punca tragedi) kerana saya difahamkan ketua keluarga tersebut memang pernah bekerja di kawasan pembalakan.

"Bila kata pembalakan, jangan kata semua haram. Ada yang mendapat lesen sah dan sebagainya. Oleh sebab dia pernah berada di situ untuk masuk ke kawasan pembalakan, dia agak 'familiar' (mahir selok-belok) lokasi tersebut.

"Mungkin dia ambil peluang untuk membawa semua ahli keluarganya berkelah pada waktu itu (ketika cuti hari raya Aidiladha, namun berlaku tragedi kepala air)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, pada Khamis.

Tambah Ahmad Samsuri, penubuhan jawatankuasa keselamatan pelancong sebagaimana dirangka sebelum ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengurusan terbaik di semua kawasan berisiko seluruh negeri.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya percaya ketua keluarga, Karim Abdullah, 39, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di hutan berkenaan mahir dengan laluan di lokasi itu.

Ahad lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga tersebut dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lepas selepas dihanyutkan kepala air.

Setakat ini, lapan jasad sekeluarga mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak lima hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.

Jasad Allahyarham Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4 ditemukan pada Ahad dan Isnin manakala Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa.

Dua lagi mangsa yang masih belum, ditemukan ialah Putri Nur Fatin Karim 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3