Tragedi kepala air: Jenazah mangsa disolat di Masjid Ubbudiah

Jenazah selamat tiba di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini untuk disolatkan.
Jenazah selamat tiba di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini untuk disolatkan.
A
A
A

KUANTAN - Jenazah tujuh beranak yang meninggal dunia akibat lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemamam, Terengganu, pada Ahad selamat tiba di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini.

Mayat Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati, 18; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4,

Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.

Ketibaan kesemua van jenazah yang diiringi dua Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, tiba di pekarangan Masjid Ubbudiah, di sini kira-kira jam 10.02 malam.

Kesemua jenazah disolatkan lebih 100 jemaah, yang diimamkan oleh imam masjid, Ibrahim Mat Nor dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hiiir 3.

Dianggarkan sekitar 300 orang terdiri dari ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk Felda hadir bagi menyambut ketibaan kesemua jenazah.

Wan Rosdy hadir di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini.
Wan Rosdy hadir di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.

Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.

No Image Caption

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Ekoran tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3