Mayat terakhir mangsa perahu dipukul ribut ditemui

Mayat nelayan terakhir yang hilang ketika memukat udang selepas perahu dinaiki mereka dipukul ribut di perairan Kuala Sala, dekat sini, ditemukan pada petang Selasa.
Mayat nelayan terakhir yang hilang ketika memukat udang selepas perahu dinaiki mereka dipukul ribut di perairan Kuala Sala, dekat sini, ditemukan pada petang Selasa.
A
A
A

KUALA KEDAH - Mayat mangsa terakhir dalam kejadian dua beradik dikhuatiri hilang selepas perahu dinaiki mereka dipukul ribut di perairan Kuala Sala, dekat sini ditemukan pada petang Selasa.



Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat Mohd Faudzi Tajuddin, 48, ditemui tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Mohd Farizan, 41, pada jam 4.20 petang.

Menurut beliau, mayat Mohd Faudzi ditemui pada jam 5.50 petang dalam Operasi Carilamat tersebut.

"Mayat nelayan tempatan itu ditemui di kawasan berlumpur paya bakau tidak jauh dari mayat adiknya dijumpai.

"Usaha mengeluarkan mayat mangsa berjaya dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 6.15 petang, "katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat salah seorang nelayan yang hilang selepas perahu dinaiki dipukul ribut di perairan Kuala Sala, dekat sini ditemukan tersangkut dalam lumpur paya bakau di kawasan Kuala Kangkung.

Dalam kejadian awal pagi itu, dua beradik tersebut dipercayai keluar bersama seorang lagi saudara mereka dengan menaiki dua perahu untuk memukat udang di laut sebelum di badai ribut.

Kejadian itu menyebabkan salah satu perahu dinaiki saudara mereka telah terdampar di pantai dan sebuah lagi perahu dinaiki dua beradik itu telah ditemui terapung di laut oleh bot nelayan tempatan.