PN kemuka usul Akta Tafsiran bincang penggunaan kalimah ALLAH

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin
A
A
A

SABAK BERNAM - Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran pada sidang Parlimen bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah ALLAH di negara ini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, usul persendirian itu sudah dihantar dan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH dapat diperincikan menerusi surah al-Ikhlas yang jelas menyatakan Tuhan itu Esa dan tidak boleh disamakan dengan lain kecuali ALLAH.

"Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya," katanya semasa berucap pada program Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di sini, Khamis malam.

Hamzah (kiri) pada program Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di sini, Khamis malam.
Hamzah (kiri) pada program Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di sini, Khamis malam.

Menjawab pertanyaan media mengenai jangkaan usul itu dibawa, Hamzah memberitahu, ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu menerima atau sebaliknya.

"Saya juga mahu tengok apa kerajaan cakap (berkaitan usul berkenaan) nanti," katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Ini berikutan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ALLAH.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan, KDN tarik balik rayuan kalimah ALLAH

Mufti berbeza pandangan mengenai isu kalimah ALLAH

Khutbah Jumaat di Selangor tegas isu kalimah ALLAH

Isu kalimah ALLAH: Kerajaan bersikap sambil lewa - Ulamak Pas