Bila 'daddy' nak balik?

TASEK GELUGOR - "Bila 'daddy' nak balik?"
Soalan itu yang sering ditanyakan dua orang anak kepada pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang sehingga kini belum ditemukan selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia pada Jumaat minggu lalu.
Isterinya, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, berkata, Hana Sakeena Muhammad Hawari, 4, dan Haris Sufian, 2, sering bertanyakan mengenai bapa mereka setiap malam sebelum tidur.
Mereka sekeluarga yang turut menghadapi masalah pendengaran terus berharap agar ada keajaiban berlaku dan amat mengharapkan Muhammad Hawari dapat pulang semula ke pangkuan keluarga.