X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang disita jika pemilik ingkar

Kakitangan MPK menampal notis pemberhentian aktiviti perniagaa di sebuah kilang semalam.
A
A

PELABUHAN KLANG - Semua pemilik kilang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) diingatkan supaya memohon lesen perniagaan sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Mohd Fharulisa Md Isa berkata, tindakan sita akan dilakukan sekiranya mereka masih gagal berbuat demikian.

“MPK sentiasa menjalankan operasi bersepadu terhadap kilang-kilang di kawasan perindustrian di bawah pentadbiran MPK bagi mengenal pasti sama ada kilang-kilang ini mempunyai lesen yang sah atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka gagal mempamerkan lesen perniagaan, kita akan memberi tempoh tujuh hari kepada mereka untuk membuat permohonan lesen.

“Tindakan sita akan dijalankan sekiranya mereka masih gagal berbuat demikian dalam tempoh itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kilang Bersama Ahli Majlis di Kawasan Perindustrian Sobena Jaya di sini semalam.

Beliau berkata, dalam operasi itu, dua kilang iaitu kilang memproses pakaian terpakai dan memproses kayu palet diberi notis kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan.

“Tindakan ini dibuat di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

“Mereka diberi tempoh tujuh hari untuk memohon lesen perniagaan di MPK dan jika mereka ingkar, kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama jabatan dalaman MPK itu memberi peringatan kepada pemilik kilang supaya mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Operasi sebegini dijalankan setiap bulan untuk melihat perkembangan operasi-operasi kita sebelum ini.

“Ia (operasi) bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pemilik kilang, sebaliknya kita mahu mendidik mereka supaya mematuhi undang-udang ditetapkan dengan memohon lesen perniagaan yang sah,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!