Ramai anggap cadangan Hock Cheh tidak bertanggungjawab

Bualan netizen berhubung status agama dalam kad pengenalan di Facebook.
Bualan netizen berhubung status agama dalam kad pengenalan di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang senator DAP yang mencadangkan agar perkataan agama digugurkan daripada kad pengenalan di Dewan Negara, menjadi bualan hangat netizen terutama dalam media sosial Facebook.

Ini kerana ramai berpendapat, cadangan Nga Hock Cheh tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap hak dan perlembagaan yang sudah termaktub dalam negara sejak sekian lama. Seorang netizen yang dikenali Loiz Katzroy berkata, perkara itu bukan perlu dikekalkan sebaliknya ia tidak perlu dibangkitkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Status agama dalam kad pengenalan perlu kekal: Khairy

"Bukan perlu kekal, tak perlu bangkit pun isu ini. Entah kenapa menteri sibuk nak buat perkara ini," katanya memberi komen merujuk kepada berita Sinar Harian bertajuk 'Status agama dalam kad pengenalan perlu kekal: Khairy' di Facebook.

Seorang lagi netizen, Fatihah Hamzah menganggap kad pengenalan adalah lambang identiti diri yang perlu diberi keutamaan.

"Memang betul status agama dalam kad pengenalan perlu kekal.

"Jika perkara ini diubah, susah untuk kita tentukan mana Muslim mana tidak, memandangkan negara ini masyarakat majmuk, ada pelbagai bangsa, agama dan budaya," katanya. Sementara itu, netizen, Mohamad Hafiz Mohamad berpendapat, status agama dalam kad pengenalan itu sangat penting untuk membezakan agama setiap rakyat di Malaysia.

"Bagi aku status agama dalam kad pengenalan sangat penting untuk orang lain tahu tentang agama kita.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ada apa-apa penahanan selepas ini tiada lagi yang boleh menipu agama dan banyak lagi benda penting yang boleh diberi keutamaan," katanya.

Pendapat itu turut disokong oleh Muhd Isa kerana status agama akan dirujuk sekiranya melibatkan kemalangan selain memberi kesenangan kepada si waris mengenal pasti identiti ahli keluarganya.

"Kalau seseorang mati, waris si mati tidak dapat dikesan atau tiada waris, status kad pengenalan dirujuk untuk mengetahui si mati itu Islam atau sebaliknya.

"Sama juga kalau kes meninggal dunia di luar negara, pihak berkaitan akan merujuk kad pengenalan untuk dikebumikan cara Islam atau tidak, jika status agama digugurkan pasti akan timbul isu lain," katanya.

Sementara itu, Supramaniam Siva juga menyokong pendapat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin itu.

"Memang betul YB Khairy, status agama perlu kekalkan demi untuk semua agama agar lebih adil.

"Senang lain kali bila mati tak perlulah gaduh pasal mana-mana agama. Kadang kala ramai tukar agama tapi tak beritahu keluarga sendiri pun. Bila dah sampai kubur orang lain pula gaduh-gaduh nak tuntut mayat menyusahkan pihak lain," katanya.

Semalam, Khairy bersetuju dengan pendirian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengekalkan status agama dalam kad pengenalan.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana meletakkan status agama pada kad pengenalan bukan satu bentuk diskriminasi dan menghalang perpaduan.

Khairy berkata demikian selepas menghadiri program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, semalam.