[VIDEO] Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih

Muhammad Isa Muhaimim (dua,kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah di sini, pada Jumaat
Muhammad Isa Muhaimim (dua,kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah di sini, pada Jumaat
A
A
A

MELAKA - Seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat, atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi,18, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan tiga pertuduhan di hadapan hakim, dia didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Limbongan Permai di sini, antara September 2022 hingga Mei lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, video berkenaan dirakamkan antara tertuduh dan kekasihnya.

Sementara pertuduhan di hadapan Sharda, tertuduh didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi video lucah dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, pada 10 malam, 5 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 manakala J. Banusha pula mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.

Bagaimanapun tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han, merayu jaminan rendah dikenakan terhadap tertuduh yang tidak bekerja kerana baharu tamat persekolahan selain hanya bergantung kepada pendapatan bapanya sebagai pemandu lori.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 selain menetapkan 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.