Syarikat swasta mahu teruskan HSR KL-Singapura - Anthony

Anthony Loke (dua dari kanan) dan S Iswaran meninjau projek RTS Link Johor Bahru- Singapura yang sedang dalam pembinaan di Stulang Laut pada Khamis.
Anthony Loke (dua dari kanan) dan S Iswaran meninjau projek RTS Link Johor Bahru- Singapura yang sedang dalam pembinaan di Stulang Laut pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pengangkutan sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia membabitkan pelaburan swasta dari negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beberapa syarikat swasta juga telah menyatakan minat untuk melaksanakan pembangunan HSR KL-Singapura.

Menurutnya, model pelaksanaan dan pembiayaan yang hendak digunakan syarikat swasta itu perlu diteliti terlebih dahulu agar bersesuaian dengan projek berkenaan.

"Setakat ini, kita masih di peringkat mendapatkan maklum balas memandangkan terdapat beberapa syarikat swasta yang berminat mahu projek HSR KL-Singapura diteruskan.