Lima mitos tentang 5G yang buat orang keliru

A
A
A

No Image Caption



Kebelakangan ini, rangkaian 5G menjadi salah satu topik yang sering diperkatakan dalam kalangan pencinta teknologi. Pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan telefon pintar hadir dengan pelbagai tawaran produk 5G untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meluas.

Namun, tidak semua merasakan keterujaan yang sama terhadap pelancaran 5G. Malah, ada segelintir yang merasakan bahawa teknologi 5G hanyalah terma yang terlebih digembar-gemburkan dan tidak memberi impak besar.

Mitos #1: 5G hanyalah internet 4G yang dinaik taraf

Secara amnya, memang benar bahawa rangkaian 5G menawarkan kelajuan lebih tinggi berbanding 4G. Namun, tahukah anda bahawa 5G mampu mencapai 100 kali lebih kelajuan berbanding 4G (sehingga 10Gbps), justeru membolehkan banyak teknologi pintar menjadi nyata?

Internet 5G yang mempunyai latensi rendah mampu menambah baik pengalaman penggunaan teknologi seharian seperti panggilan video dan permainan multiplayer – ia dapat dirasai apabila tiada sela (lag) langsung dalam penggunaan, seolah-olah anda berkomunikasi dalam ruang yang sama pada masa nyata.

Mitos #2: 5G hanya untuk telefon pintar

Selain meningkatkan prestasi telefon pintar, rangkaian 5G sebenarnya mempunyai banyak aplikasi dalam industri. Pada skala yang lebih besar, kelajuan 5G dan kadar latensinya yang rendah boleh menghubungkan sehingga 1 juta peranti bagi setiap kilometer persegi.

Kebolehan ini mampu mendayakan teknologi Internet of things (IoT) seperti kereta tanpa pemandu, bangunan pintar, kecerdasan buatan (A.I), realiti maya dan banyak lagi. Selain itu, 5G boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam pelbagai industri seperti pengangkutan, pengurusan tenaga dan perkilangan, yang boleh membawa penjimatan kos dari semasa ke semasa.

Mitos #3: Data dan peranti 5G sangat mahal

Apa sahaja teknologi baharu semestinya memerlukan dana untuk membangunkan infrastruktur, namun ia tidak bermakna yang pengguna juga perlu membayar harga yang mahal untuk menikmati rangkaian 5G.

Pelan Unbeatable U Postpaid daripada U Mobile menawarkan data 5G sehingga 1,000GB berserta Ultra Hotspot 5G. Anda boleh memilih daripada tiga pelan iaitu U Postpaid 38, 68 atau 98, masing-masing menawarkan 60GB, 100GB dan 1,000GB data 5G pada harga serendah RM38/bulan.

Bagi pengguna prabayar, U Mobile menawarkan data tanpa had dengan tiga pilihan pelan iaitu Prabayar U25, U35 atau U40. Pengguna Prabayar U25 boleh menebus data 5G dengan Speed Booster untuk 1 jam setiap hari, manakala pelanggan Prabayar U35 dan U40 dapat menikmati data 5G tanpa had setiap Sabtu dan Ahad dengan Unlimited 5G Weekends.

U Mobile turut menawarkan pakej peranti 5G terkini melalui U SaveMore dan U PayLater. Pelanggan boleh mendapatkan peranti 5G baharu dengan penjimatan hebat dengan pakej U SaveMore, atau menikmati lebih fleksibiliti pembayaran sehingga 24 bulan dengan ansuran 0% melalui U PayLater.

Tip Pro: Dapatkan telefon 5G terkini yang dilengkapi 1,000GB data pantas, panggilan tanpa had dan data perayauan PERCUMA di 63 destinasi tanpa perlu ikat perut dengan pakej U Postpaid 98 + U PayLater.

No Image Caption

Mitos #4: Sukar untuk memilih penyedia perkhidmatan 5G di Malaysia

Pelaksanaan 5G di Malaysia adalah di bawah seliaan Digital Nasional Berhad (DNB), anak syarikat milik penuh kerajaan yang bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan. Ini bermakna semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telko yang mengambil bahagian mampu memberikan perkhidmatan dan kelajuan 5G yang setanding kerana berkongsi infrastruktur yang sama. Pengguna hanya perlu membuat perbandingan pelan yang ditawarkan oleh syarikat telko dan memilih pelan yang memberikan nilai terbaik pada harga yang mesra bajet.

Tip Pro: Pilih mana-mana pelan sedia 5G daripada U Mobile untuk menikmati data pantas pada nilai terhebat.

No Image Caption

Mitos #5: 5G hanya tersedia untuk lokasi terhad

Liputan 5G yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021 berjaya membekalkan perkhidmatan awal kepada pengguna di beberapa bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tidak bermakna pembangunan jaringan 5G Malaysia terhenti di situ, pihak DNB dan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan tangkas memperluas liputan 5G supaya lebih ramai pengguna dapat memanfaatkan rangkaian ini.

Terkini, terdapat 15 juta pengguna rangkaian 5G di Malaysia yang sudah pun meliputi 3,900 kawasan di seluruh negara. DNB turut mensasarkan 30 juta pengguna di 80 peratus kawasan berpenduduk akan dapat menikmati 5G menjelang akhir 2024. Pengguna boleh menyemak ketersediaan rangkaian 5G di kawasan masing-masing melalui laman web.

Tip pro: Pengguna pelan U Mobile yang Sedia 5G akan dapat menikmati rangkaian 5G secara automatik dan tanpa caj tambahan sebaik sahaja ia tersedia di lokasi mereka. Info lanjut di sini.