Dibelasah gara-gara filem Avengers: Endgame

Seorang lelaki dibelasah gara-gara menceritakan penamat filem Avengers: Endgame
Seorang lelaki dibelasah gara-gara menceritakan penamat filem Avengers: Endgame
A
A
A

CAUSEWAY BAY - HONG KONG.Seorang lelaki yang mendedahkan penamat filem Avengers: Endgame, menerima 'habuan' apabila dibelasah oleh sekumpulan penonton yang sedang beratur untuk menyaksikan filem tersebut di sebuah pawagam di Hong Kong.

Menurut media tempatan, dalam kejadian di Causeway Bay itu, lelaki berkenaan dibelasah sehingga berdarah kerana bercerita dengan kuat penamat filem tersebut yang juga merupakan sekuel filem Avengers: Infinity War.

Surat terbuka pengarah filem Avengers: Endgame meminta peminat tidak menceritakan penamat filem terbabit kepada yang belum menontonnya.
Surat terbuka pengarah filem Avengers: Endgame meminta peminat tidak menceritakan penamat filem terbabit kepada yang belum menontonnya.

Penamat filem yang paling dinantikan pada tahun 2019 itu amat penting kepada peminat tegar adiwira Marvel, sehinggakan adik-beradik Russo yang juga pengarah filem berkenaan menulis surat terbuka kepada peminat dan meminta mereka agar tidak menceritakan penamat filem tersebut kepada yang belum menonton.

Joe Russo dan Anthony Russo menandatangani surat terbabit berserta tanda pagar #DontSpoilTheEndgame.- Dailymail

Artikel Berkaitan: