'Delegasi Hong Kong bawa mesej pelaburan besar-besaran' - Anwar

Anwar menyampaikan ucapan semasa hadir pada Program Cakna Madani Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan semasa hadir pada Program Cakna Madani Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu delegasi Hong Kong akan tiba ke negara ini pada minggu depan.

Menurutnya, kehadiran rombongan Hong Kong itu membawa mesej pelaburan secara besar-besaran di Malaysia.

"Sebentar tadi, saya ada menemui Richard Lim. Beliau merupakan antara peniaga paling kaya di Hong Kong menunjukkan minat semakin bertambah untuk melabur," katanya menerusi ucapan ketika Program Cakna Madani Bersama Agensi Penguatkuasaan di sini pada Khamis.

Seramai 2,400 pegawai dan anggota terdiri daripada agensi penguatkuasaan, keselamatan dan ketenteraman awam hadir pada program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Anwar berkata, beliau dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk akan berhubung pada Jumaat.

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan perbincangan akan dibuat menerusi panggilan telefon pada jam 9 pagi.

Minggu lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa beliau akan bertemu Musk untuk membincangkan langkah syarikat EV mega itu dalam meneruskan pelaburannya di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu depan