DKU Negeri Sembilan mohon komital terhadap MB, 10 Exco dan enam lain

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin mengemukakan permohonan baharu untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Menteri Besar, 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Oktober lalu.
DKU dan Raja Norazli selaku pemohon, mendakwa 17 individu berkenaan melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan pada 5 Jun lalu berkaitan pentadbiran dan hal ehwal DKU.
Mereka memfailkan permohonan komital itu menerusi Tetuan Halim & Ismail dengan menamakan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan 10 Exco dan enam pihak selaku orang-orang yang menghina mahkamah yang dicadangkan.
10 Exco itu ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.
Baki empat individu lain pula bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin.
Dua individu lagi ialah Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

