Saifuddin ucap selamat maju jaya kepada Najib

Saifuddin (tengah) membantu pengguna motosikal mengisi minyak di Stesen minyak Shell
Saifuddin (tengah) membantu pengguna motosikal mengisi minyak di Stesen minyak Shell
A
A
A

KULIM- Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan selamat maju jaya dan tenang hadapi perbicaraan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun beliau enggan menyentuh sebarang perkara yang sedang dihadapi Najib dan lebih suka memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Pekan itu untuk hadapi perbicaraan di mahkamah.

"Saya pun kadang-kadang terfikir juga..berharap bangun pagi tiba-tiba orang masukkan duit dalam akaun tetapi saya tak sedar.

"Itu pun bagus jika berlaku kepada saya. Jadi saya tidak mahu sentuh banyak. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Najib dan tenang hadapi perbicaraan," katanya pada sidang media selepas perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum peringkat negeri Kedah di stesen minyak Shell Kilang Lama, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media sama ada aura Najib menjadi punca kemerosotan sokongan rakyat terhadap PH seperti dilaporkan Merdeka Centre.

Najib kini dalam kunjungan tiga hari ke Kedah bagi program Bossku bermula 26 hingga 28 April ini.

Artikel Berkaitan: