Pengacara 'Wheel of Fortune' ucap selamat tinggal

Pat Sajak - Foto: Ricky Middlesworth/ABC via Getty Images
Pat Sajak - Foto: Ricky Middlesworth/ABC via Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Personaliti TV, Pat Sajak berundur daripada mengacarakan siri televisyen kegemaran rakyat Amerika Syarikat (AS) 'Wheel of Fortune' selepas empat dekat menerajui rancangan itu.

Pengacara berusia 76 tahun itu berkata, rancangan pada musim ke-41 yang akan bermula pada September depan merupakan tugas terakhirnya mengacarakan siri permainan tersebut.

"Ia adalah perjalanan yang indah," ujar Sajak menerusi ciapan di Twitter.

Sajak mula mengacarakan rancangan 'Wheel of Fortune', sebuah rancangan teki-teki perkataan yang popular sejak tahun 1981.

Bagaimanapun, hos pengganti rancangan kegemaran seluruh rakyat AS belum lagi diumumkan.

"Saya akan mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong saya," tambahnya. - AFP