Warga emas dalangi sindiket dadah

Kamarulzaman (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian ketulan dadah mampat dirampas pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.
Kamarulzaman (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian ketulan dadah mampat dirampas pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga emas yang menjadi dalang penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja ditahan polis dalam serbuan di Kedah dan Pulau Pinang, pada Rabu lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat, berkata, suspek berusia 65 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, di sini.

Menurut beliau, suspek antara lima anggota Geng Adik Beradik Mail ditahan dalam operasi bermula jam 7 pagi hingga 1.40 petang dilakukan sepasukan anggota JSJN Bukit Aman dengan nilai rampasan dadah RM302,000.

"Kelima anggota sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah berusia antara 31 hingga 65 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang.

"Dua suspek termasuklah seorang wanita ditahan di Kuala Nerang, di sini, ketika menaiki kenderaan jenis Toyota Harrier yang diubah suai sebagai tempat penyimpanan dadah," katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media rampasan dadah di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Zulfikli Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelucuthakan Harta, JSJN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Baharom Othman dan Ketua JSJN Kedah, Superintendan Helmi Aris.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, kira-kira 90 ketulan dadah mampat disyaki ganja ditemukan pada bahagian belakang kenderaan yang diubah suai khas itu.

Artikel Berkaitan:

Kamarulzaman (tengah) menunjukkan ruang khas kenderaan jenis Toyota Harrier diubah suai untuk menjadi tempat penyimpanan dadah pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.
Kamarulzaman (tengah) menunjukkan ruang khas kenderaan jenis Toyota Harrier diubah suai untuk menjadi tempat penyimpanan dadah pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki memiliki rekod jenayah lampau, bagaimanapun hasil ujian saringan air kencing dilakukan adalah negatif.

Beliau berkata, dua lagi anggota sindiket berusia 32 dan 37 tahun ditahan bersama sebuah kenderaan jenis perodua Myvi dalam serbuan kedua di Jalan Langgar, di sini, bagaimanapun tiada barang larangan ditemui.

Katanya, melalui ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis ganja dan turut memiliki beberapa rekod kesalahan jenayah lampau.

"Jadi, kita merampas 116 ketulan mampat dadah disyaki ganja seberat 115.6 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM302,000," katanya.

Kamarulzaman berkata, turut disita, sebuah kenderaan jenis perodua Myvi dan pelbagai barang kemas yang dianggarkan bernilai RM22,000.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati dadah terbabit dibawa masuk ke negara ini melalui negara jiran untuk pasaran tempatan termasuklah Utara Semenanjung Malaysia.

"Kita bimbang dadah berjaya dirampas terbabit akan disalahguna 150,000 penagih dadah, jikalau ia dapat terlepas ke pasaran gelap," katanya.

Katanya, penahanan dan kejayaan menumpaskan sindiket didalangi rakyat tempatan untuk merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara polis dengan polis Thailand.

Beliau berkata, pihak polis khususnya JSJN sentiasa menjalankan siasatan maklumat risikan dalam usaha memerangi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Mei depan dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.