Wanita maut nahas dua motosikal

Lokasi berlakunya kemalangan maut berkenaan. Foto: Polis Daerah Batu Pahat
Lokasi berlakunya kemalangan maut berkenaan. Foto: Polis Daerah Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita maut manakala suaminya dan seorang penunggang motosikal lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Taman Ayer Hitam, Jalan Kluang di sini, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, siasatan awal mendapati kemalangan jam 9.45 malam itu berlaku ketika motosikal jenis skuter yang dinaiki wanita berkenaan bersama suaminya telah bertembung motosikal jenis Suzuki ketika mahu menyeberang ke sebelah kanan jalan.

“Ketika menyeberang, datang sebuah motosikal jenis Suzuki dari arah kanan (arah dari Ayer Hitam ke Parit Raja), lalu bertembung dengan pasangan suami berkenaan,” katanya.

Tambah Ismail, akibat perlanggaran itu Radziah Jayis berusia 51 tahun yang membonceng motosikal skuter suaminya, Rosman Tahir, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian menakala suaminya dan seorang penunggang motosikal lain berusia 30 tahun cedera dan masih dirawat di Hospital Batu Pahat.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.