Bila cikgu pakai baju sekolah...

Gelagat seorang guru yang memakai seragam sekolah serta menunggang basikal mencuri tumpuan pelajar di sekolah itu.
A
A

TUMPAT - Memilih tema 'Back To School' apabila guru mengayakan baju seragam sekolah memeriahkan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebakat Jaya, hari ini.

Mengujakan 500 murid sekolah ini apabila guru-guru mereka yang kemas berpakaian seragam menaiki bas dan berbasikal ke sekolah.

Gelagat guru-guru itu mengimbau kenangan di zaman persekolahan mereka.

Guru-guru SK Kebakat Jaya melakonkan sketsa memonteng sekolah.
Guru-guru SK Kebakat Jaya melakonkan sketsa memonteng sekolah.

Guru Besar SK Kebakat Jaya, Mohamad Razali Omar berkata, kali pertama sekolah ini menyambut Hari Guru dengan tema 'Back To School' melibatkan 49 guru.

"Dengan tema ini sambutan Hari Guru kali ini lebih meriah.

"Guru turut membuat persembahan sketsa melakonkan watak murid menangis datang ke sekolah, memanjat pagar sekolah dan ditangkap guru besar kerana melanggar disiplin.

"Nostalgia bagi kami semua tetapi ia menjadi pengajaran kepada murid agar tidak mencontohi sikap pelajar nakal," katanya.

Keceriaan guru-guru SK Kebakat Jaya ketika menyambut Hari Guru bertemakan Back To School.
Keceriaan guru-guru SK Kebakat Jaya ketika menyambut Hari Guru bertemakan Back To School.

Menurutnya, pelbagai acara menarik dipersembahkan apabila guru menyanyi, berlakon, menari dan hadiah untuk cikgu.