Ahmad Zahid harap Rauf mampu bawa perubahan kepada Melaka

Ahmad Zahid menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak 2023 di Sekolah Izzudin Shah pada Jumaat.
Ahmad Zahid menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak 2023 di Sekolah Izzudin Shah pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Datuk Seri Md Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu mampu membawa perubahan besar kepada negeri itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pelantikan Pengerusi UMNO Melaka bukan sahaja menjadi kesinambungan kepada gerak kerja kerajaan sebelum ini, tetapi lebih penting membangunkan ekonomi dari sudut industri dan pelancongan.

"Saya harap beliau dapat meletakkan satu lagi paras menarik pelabur-pelabur ke Melaka khususnya dari segi industri dan pelancongan.

"Saya telah dimaklumkan terdapat kawasan industri akan dibangunkan dan potensi pelaburan bakal dibawa nilainya mungkin mencecah RM100 juta sepanjang empat tahun ini agar wujud peluang pekerjaan.

"Jadi hasil yang akan dikutip oleh kerajaan negeri bertambah dengan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka baharu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak Tahun 2023 di Sekolah Izzudin Shah di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pelantikan Ab Rauf, 62, sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pembangunan desa dan pinggir bandar di Perak akan terus diberi keutamaan.

Beliau berkata, Perak telah diberi peruntukan separa besar sama dengan negeri-negeri lain bagi membantu mengurangkan tahap minimum garis kemiskinan dan miskin tegar.

"Peruntukan ini bersesuaian bagi etnik luar bandar seperti kemudahan infrastruktur, bekalan air dan api, begitu juga tahap aksesibiliti telekomunikasi," katanya.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid selaku alumni sekolah mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi tujuan pembangunan dan naik taraf Sekolah Izzudin Shah.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan