'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman
Sulaiman
A
A
A

ALOR GAJAH - Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan beliau didesak oleh mana-mana pihak untuk meletakan jawatan, sebaliknya keputusan itu dibuat kerana desakan hati yang datang dari naluri.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, berkata, sekarang masa yang tepat untuk beliau berada di DUN dan kembali kepada kehidupan normal untuk berbakti kepada masyarakat di DUN Lendu.

Menurut beliau, telah beberapa kali sebenarnya menyatakan hasrat untuk meletakan jawatan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya secara tiba-tiba.

Kata beliau, sejak mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Mac 2020, beliau memaklumkan hanya mahu menjawat jawatan itu sepenggal sahaja.

"Dah lama buat keputusan (letak jawatan), dulu pernah cakap cukup sepenggal...dah penat dah bagilah orang lain peluang.

"Tak ada (desakan), desakan hati saya datang dari naluri," katanya.

Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Masjid Tanah di JEPRRUN Kuala Linggi di sini, pada Khamis.
Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Masjid Tanah di JEPRRUN Kuala Linggi di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Masjid Tanah di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kuala Linggi di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, tidak kira siapa pun yang bakal menggantikan jawatan itu diharapkan dapat memegang amanah itu dengan sebaik mungkin.

Sinar Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Sulaimantelah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari turut mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan