'Anak-anak minta baju raya warna hitam' - Ibu

Nabila kelihatan sebak dan mencium baju tadika anaknya yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor, Muar pada malam Rabu. (Gambar kecil: Laporan Sinar Harian pada Rabu)
Nabila kelihatan sebak dan mencium baju tadika anaknya yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor, Muar pada malam Rabu. (Gambar kecil: Laporan Sinar Harian pada Rabu)
A
A
A

MUAR - Ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor terkilan tidak dapat memenuhi hasrat anaknya yang mahu baju raya berwarna hitam.

Nabila Sedu, 31, dilihat mencium baju tadika salah seorang anaknya sepanjang berada di perkarangan bilik forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar bersama suaminya, Thein Ko Htut, 30.

Ketika ditemui, Nabila memberitahu keempat-empat anaknya mahu memakai baju raya berwarna hitam pada 1 Syawal.

"Anak-anak ada beritahu, mereka semua hendak pakai baju raya berwarna hitam," katanya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen lebih lanjut tidak berjaya kerana Nabila dan suaminya tergesa-gesa meninggalkan pekarangan bilik forensik.

Thein Ko Htut (tiga dari kanan) bersama isterinya, Nabila (dua dari kiri) di pekarangan bilik forensik,Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada Khamis.
Thein Ko Htut (tiga dari kanan) bersama isterinya, Nabila (dua dari kiri) di pekarangan bilik forensik,Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada Khamis.

Nabila dan suaminya, Thein Ko Htut yang merupakan warga Myanmar sudah tinggal di Muar sejak empat tahun lalu, di mana Thein Ko bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Sebelum itu, empat beradik berusia antara tiga hingga lapan tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam Rabu.

Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Fatihah Aisyah, 3, Mustakim, 4, Mohd Hakim, 6, dan Puteri Aisyah Tenko To, 8, maut dalam kejadian berkenaan.