Empat beradik maut: Polis siasat unsur kecuaian ibu bapa

Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
A
A
A

MUAR - Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.

Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.

Raiz Mukhliz (tengah) ketika sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.
Raiz Mukhliz (tengah) ketika sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.

“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.

Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.

Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.