'Mungkin susah nak cari kuih akok di Kelantan lepas ni'

Kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di pasaran, berkemungkinan boleh menyebabkan kuih akok tidak mampu bertahan sehingga penghujung Ramadan.
Kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di pasaran, berkemungkinan boleh menyebabkan kuih akok tidak mampu bertahan sehingga penghujung Ramadan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di pasaran berkemungkinan menyebabkan jualan kuih akok tidak mampu bertahan sehingga penghujung Ramadan.

Hal ini kerana beberapa jajahan sedang berdepan dengan masalah kekurangan telur yang boleh disifatkan 'kritikal'.

Tinjauan Sinar Harian di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu mendapati rata-rata peniaga kecewa dengan masalah kesukaran mendapatkan bahan mentah itu.

Peniaga akok dari Kampung Kubang Golok, Bachok, Ibrahim Yunus, 58, berkata, sebelum ini dia menggunakan 400 biji telur ayam sehari untuk menyiapkan tempahan.

"Ramadan kali ini saya hanya mampu menggunakan 200 biji telur sahaja.

"Melihat situasi ini, saya khuatir jika di penghujung puasa nanti kami terpaksa berebut dengan mereka yang hendak membuat persiapan raya sehingga jualan akok terpaksa dihentikan," katanya.

Ibrahim terpaksa mengurangkan pembuatan kuih akok disebabkan bekalan telur ayam yang mampu diperolehi sehari ialah sekitar 200 biji sahaja.
Ibrahim terpaksa mengurangkan pembuatan kuih akok disebabkan bekalan telur ayam yang mampu diperolehi sehari ialah sekitar 200 biji sahaja.

Bagaimanapun, Ibrahim memberitahu, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan kuih akok sentiasa dapat dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Bagi Sasuriana Mat Saat, 47, peniaga akok di Selising, Pasir Puteh pula dia hanya mampu memperoleh 400 biji telur ayam sehari sahaja berbanding 600 biji sebelum ini.

"Disebabkan terlalu sukar, saya terpaksa ke merata tempat untuk dapatkan telur ayam sehinggakan merayu kepada pemborong bagi mendapatkan lebih bekalan," katanya.

Sasuriana hanya mampu memperoleh 400 biji telur ayam sehari sahaja berbanding 600 biji sebelum ini.
Sasuriana hanya mampu memperoleh 400 biji telur ayam sehari sahaja berbanding 600 biji sebelum ini.

Dia yang sudah 10 tahun menjadi pembuat kuih akok memberitahu, krisis bekalan telur ayam sangat kritikal sejak akhir-akhir ini.

Sebagai peniaga, dia berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Pembuat kuih akok Tok Mek di Kadok di sini, Nurul Atikah Mohd Azhar, 20, berkata, kedainya tidak berdepan dengan masalah kekurangan telur kerana pemilik sudah membuat tempahan awal dengan pemborong untuk berniaga pada bulan Ramadan.

Nurul Atikah menyiapkan tempahan walaupun bekalan telur ayam berkurangan, namun masih dapat berniaga seperti biasa
Nurul Atikah menyiapkan tempahan walaupun bekalan telur ayam berkurangan, namun masih dapat berniaga seperti biasa

Ini kerana ujarnya, mereka sudah menjangkakan bekalan telur akan berkurangan sepanjang Ramadan.

"Bagaimanapun, jualan kali ini terpaksa dikurangkan kerana bekalan telur ayam tidak banyak.

"Walaupun bekalan kurang, namun kami masih dapat berniaga seperti biasa," katanya.