DBKL gempur rumah urut, pusat hiburan

Antara sembilan pekerja wanita bukan warganegara yang diambil keterangan. DBKL mengambil tiga tindakan penutupan serta merta dalam operasi yang dijalankan.
Antara sembilan pekerja wanita bukan warganegara yang diambil keterangan. DBKL mengambil tiga tindakan penutupan serta merta dalam operasi yang dijalankan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat premis yang menjalankan aktiviti rumah urut dan pusat hiburan sekitar Brickfields serta Sri Petaling diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, semakan mendapati premis-premis yang diserbu melakukan beberapa kesalahan antaranya beroperasi tanpa lesen sah serta aktiviti bar dan hiburan tanpa lesen.

Menurut kenyataan itu, tiga tindakan penutupan diambil serta merta dan peralatan turut disita di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Ini termasuklah dua notis diberikan di bawah UUK 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan satu notis UUK 22(1)(d) UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

"Selain itu, satu notis Pemberitahu Tentang Kesalahan (NPTK) Akta Hiburan (WPKL) 1992 di bawah Seksyen 4 (1)(a) & 4(1)(b) turut dikeluarkan," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, seramai sembilan pekerja wanita bukan warganegara turut diambil keterangan.