Harmonis gesa henti pertikaian isu rakaman audio mengenai MB Perak

Rosli (kanan) ketika ditemui pemberita, hari ini.
Rosli (kanan) ketika ditemui pemberita, hari ini.
A
A
A

IPOH - Pertikaian mengenai rakaman audio video yang mengaitkan seorang exco kerajaan negeri mengkritik pentadbiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar Perak perlu dihentikan kerana boleh mengganggu tumpuan wakil rakyat membincangkan kepentingan negeri.

Presiden Pertubuhan Masyarakat Harmoni Melayu Perak (Harmonis), Datuk Rosli Yang Danian berkata, isu yang dibangkitkan pada ketika Persidangan DUN berlangsung itu, seolah-olah sengaja ditimbulkan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi kepimpinan kerajaan negeri.

"Kita memandang serius perkara ini, kandungan seperti yang dinyatakan dalam rakaman itu tidak sepatutnya dihebahkan pada ketika Persidangan DUN berlangsung kerana konsentrasi wakil rakyat terganggu.

"Pemimpin baik di pihak kerajaan atau pembangkang perlulah memberi lebih tumpuan ke arah mencari idea memajukan negeri dan membela rakyat, bukan mencari taktik tertentu untuk memburukkan dan menjatuhkan individu-individu tertentu serta cuba menonjol diri seolah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Harmonis kali pertama, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak mengaku ada pihak mahu jatuhkan beliau

ARTIKEL BERKAITAN: Polemik isu kedudukan MB untuk rosak hubungan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan kerja UMNO: Saarani

Beliau menyifatkan situasi itu sebagai satu permainan politik tidak sihat dan tidak bertanggungjawab kerana boleh menjejaskan hubungan akrab kepimpinan sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Justeru pihaknya menggesa semua pimpinan dan penyokong politik menghentikan budaya menghentam sesama sendiri, menjaja isu tidak bermoral terutama yang mengaibkan maruah pihak-pihak tertentu.

"Harus diingat, rakyat telah membuat keputusan pada PRU14 lalu, jadi masing-masing kenalah bertindak rasional dan berpolitik matang.

"Dalam isu ini pun sudah ada pihak telah membuat laporan polis, jika ada asasnya sudah pasti siasatan akan dilakukan," katanya.