Polemik isu kedudukan MB untuk rosak hubungan baik

Mohamad Anuar Zakaria
Mohamad Anuar Zakaria
A
A
A

IPOH - PKR Perak menyifatkan polemik mengenai kedudukan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sengaja ditimbulkan untuk merosakkan hubungan baik pimpinan PH di negeri ini.

Naib Pengerusinya, Mohamad Anuar Zakaria berkata, isu yang ditimbulkan sudah dijangka kerana setiap kali berlangsungnya Sidang DUN, ADUN-ADUN pembangkang khususnya daripada BN akan mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan.

Beliau berkata, tindakan memperbesarkan isu yang tidak berfaedah itu berniat jahat supaya rakyat hilang keyakinan dengan kestabilan kerajaan Perak sedia ada.

"Isu ini tidak perlu dipermainkan dengan kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk seri Faizal Azumu yang semakin melonjak dengan beberapa dasar dan pentadbiran yang menjurus kepada soal kebajikan rakyat dan menaikkan semula ekonomi Perak.

"Saya menyarankan supaya isu yang menjejaskan kedudukan Menteri Besar Perak ini tidak lagi dimainkan dan seharusnya semua pihak perlu fokus membangunkan negeri daripada bermain politik yang akhirnya menyusahkan rakyat," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan kerja UMNO: Saarani

'Saya tak tahu, saya tak dengar'

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rakaman audio yang tular mengenai usaha untuk menukar Menteri Besar Perak.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Anuar berkata, pentadbiran kerajaan Perak perlu terus meletakkan agenda membela rakyat di hadapan daripada melayan isu-isu remeh yang ditimbulkan ADUN-ADUN BN.

Menurutnya, perkara itu sangat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat di Perak dapat dikekalkan dipertingkatkan.