Changkat Jong banjir lagi

Mohd Fazly menyerahkan kit makanan kepada mangsa banjir di SK Changkat Jong.
Mohd Fazly menyerahkan kit makanan kepada mangsa banjir di SK Changkat Jong.
A
A
A

TELUK INTAN - Kampung Batu 9, Changkat Jong, di sini kembali dinaiki air buat kali keempat dalam tempoh tiga bulan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Leftenan Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, setakat ini seramai 46 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong yang dibuka sejak petang semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 19 daripada mangsa adalah kanak-kanak manakala selebihnya dewasa.

"Ini merupakan kejadian keempat banjir di kawasan yang sama dalam tempoh tiga bulan melibatkan mangsa yang sama.

"Kita telah menggerakkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi lain bagi membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, punca banjir disebabkan hujan lebat dan limpahan air Sungai Bidor dan Sungai Sungkai.

Mohd Fazly berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan sentiasa bersiap sedia.

Artikel Berkaitan: