X

Kindly register in order to view this article
!

Rombakan Exco Johor: 'Saya dah tahu akan diganti', kata Hong Pin

Tan Hong Pin
A
A

JOHOR BAHRU - Exco Sains dan Teknologi, Tan Hong Pin hari mengesahkan namanya akan digugurkan dari barisan baharu Exco Johor.

ADUN Skudai itu berkata beliau tahu mengenai rombakan Exco itu pada hari Isnin, sehari selepas ADUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya akan diganti,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Semasa ditanya langkah beliau selanjutnya, setiausaha DAP Johor itu berkata beliau akan serahkan perkara itu kepada kepimpinan parti.

“Saya dipilih oleh pengundi kerana mereka mahukan seorang ADUN, bukan seorang Exco, jadi saya akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai ADUN,” katanya.

Hong Pin merupakan salah satu daripada dua nama yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian yang akan digugurkan daripada senarai Exco, semalam.

Satu lagi nama adalah Mazlan Bujang, pengerusi jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor, dari Bersatu.

Terdahulu hari ini Dr Sahruddin berkata barisan baru anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan menjelang akhir minggu ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!