COO, konsultan buat tuntutan palsu RM389 juta direman

Seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat pembinaan dan konsultan warga United Kingdom (UK) direman enam hari selepas dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara yang bernilai RM389 juta. - Gambar hiasan

A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat pembinaan dan konsultan warga United Kingdom (UK) direman enam hari selepas dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara yang bernilai RM389 juta.

Perintah tahanan reman yang bermula 11 hingga 16 Januari itu dikeluarkan Majistret Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Suspek dipercayai bersubahat membantu syarikat pembinaan tersebut mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: