Polis siasat laporan kamera tersembunyi di bilik persalinan

Tangkap layar video tular yang memaparkan kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah.
Tangkap layar video tular yang memaparkan kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 4.38 petang, pada Isnin.

"Laporan dibuat oleh pengurus kawalan keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi, kita telah menjalankan siasatan di premis pengadu dan didapati kejadian bukan berlaku di situ.

"Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.