Suami isteri direman bantu siasatan salah guna kuasa

Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas permohonan reman dibenarkan.
Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas permohonan reman dibenarkan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu.

Perintah reman bermula Rabu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood terhadap suspek berusia 63 tahun dan isterinya berumur 40 tahun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Suspek pertama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 2.15 petang Selasa di pejabat SPRM manakala isterinya ditangkap di pejabatnya 15 minit kemudian.

Suspek merupakan bekas ahli majlis sebuah badan kerajaan di Terengganu manakala isterinya merupakan pemilik sebuah syarikat.

Syarikat tersebut dilantik sebagai amil zakat berhubung tuntutan wakalah yang dipercayai mempunyai butir matan palsu.

Lantikan syarikat itu membolehkannya memperoleh komisyen sehingga mencecah RM600,000 dan kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara tahun 2019 hingga 2021.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: