[VIDEO] KPM kaji keperluan tambah tadika kerajaan di bandar

KPM sedang mengkaji keperluan untuk menambah prasekolah dan tadika kendalian kerajaan di kawasan-kawasan bandar. - Gambar hiasan
KPM sedang mengkaji keperluan untuk menambah prasekolah dan tadika kendalian kerajaan di kawasan-kawasan bandar. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji keperluan untuk menambah prasekolah dan taman didikan kanak-kanak (tadika) kendalian kerajaan di kawasan-kawasan bandar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM juga sedang dalam usaha untuk menambah dan mempercepat sebarang dasar yang terkait rapat dengan sekolah.

KPM melihat perkara tersebut. Sebenarnya ketika ini kita sedang melihat keutamaan kita untuk menambah prasekolah.

"Kita telah berbincang dengan Ketua Setiausaha (KSU) bahawa ada keperluan ketika ini untuk kita melihat dan menambah dasar yang terkait rapat dengan sekolah dipercepatkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemberita selepas mengadakan tinjauan pada hari pertama persekolahan di SMK Jalan Kebun, di sini pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan jumlah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan kerajaan masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tinggi terhadap perkhidmatan tersebut di dalam negara.

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Juppri Bacotang berkata, negara masih belum mencapai sasaran nisbah sepatutnya bagi peringkat pendidikan tersebut yang digariskan KPM.

Isu kekurangan kelas prasekolah dan tadika kendalian agensi kerajaan di kawasan bandar jelas mengundang bebanan kepada ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

Masalah itu menyebabkan kebanyakan ibu bapa di kawasan bandar tiada pilihan lain, selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta dengan kadar yuran yang jauh lebih tinggi.