India sekat ubat batuk sebabkan kematian kanak-kanak di Uzbekistan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

NEW DELHI - Pihak berkuasa India menghentikan pengeluaran ubat batuk dihasilkan sebuah syarikat farmaseutikal yang disiasat kerana menyebabkan kematian 18 orang kanak-kanak di Uzbekistan.

Syarikat Marion Bioteck berdepan siasatan pengawal selia ubat-ubatan sejak Oktober lalu apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengaitkan produk ubat tersebut dari firma lain yang menyebabkan kematian kanak-kanak di Afrika.

Menteri Kesihatan, Mansukh Madaviya berkata, penyiasat sudah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Uzbekistan dan sedang memeriksa bangunan syarikat itu di New Delhi.

Katanya di Twitter, contoh ubat batuk itu sudah diambil dan dihantar untuk dianalisis.

"Tindakan selanjutnya mengikut kesesuaian akan dimulakan berdasarkan laporan pemeriksaan," katanya.

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata menerusi kenyataan pada Rabu lalu bahawa kanak-kanak meninggal dunia selepas meminum ubat batuk di bawah nama Doc-1 Max.

Katanya, ubat tersebut dicemari etilena glikol, bahan kimia bertoksik digunakan dalam penyediaan antibeku cecair brek, cat, pewarna, plastik, filem dan kosmetik. - AFP

Artikel Berkaitan: