Tarif baharu AS berkuat kuasa

Trump mengancam untuk menaikkan kadar cukai ke atas negara yang cuba 'bermain helah' setelah memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington.
Trump mengancam untuk menaikkan kadar cukai ke atas negara yang cuba 'bermain helah' setelah memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington.
A
A
A

WASHINGTON - Tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan import berkuat kuasa pada Selasa selepas Presiden Donald Trump tetap berdegil untuk meneruskan agenda perdagangannya meskipun Mahkamah Agung membatalkan duti global dikenakan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

Cukai baharu itu hanya akan dilaksanakan selama 150 hari melainkan ia dilanjutkan oleh Kongres dan dilihat secara meluas sebagai langkah sementara ke arah dasar perdagangan yang lebih kukuh dan berkekalan.

Levi baharu tersebut akan dikenakan ke atas barangan bernilai AS$1.2 trilion (RM4.7 trilion) setahun atau kira-kira 34 peratus daripada jumlah keseluruhan produk import.

Pada Isnin, Trump mengancam untuk menaikkan kadar cukai ke atas negara yang cuba 'bermain helah' setelah memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington sebelum ini.

Pada Jumaat lalu, Rumah Putih memaklumkan kadar awal ditetapkan adalah sebanyak 10 peratus untuk menangani defisit imbangan pembayaran Amerika Syarikat yang besar dan serius.

Trump kemudiannya mengubah pendirian untuk menaikkan kadar cukai tersebut kepada 15 peratus dengan pengecualian dijangka kekal untuk barangan yang tertakluk kepada siasatan khusus mengikut sektor dan perjanjian perdagangan AS-Mexico-Kanada.

Tarif khusus sektor melibatkan barangan seperti keluli dan automotif bagaimanapun masih kekal.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan mengesahkan ia tidak lagi akan mengutip cukai seperti diputuskan mahkamah pada minggu lalu.

Pada tahun lalu, pentadbiran Trump telah mengenakan pelbagai kadar tarif terhadap rakan kongsi AS dan kadangkala mengubahnya pada kadar singkat selain menggunakan taktik ugutan ketika proses rundingan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tarif baharu Amerika Syarikat ke atas barangan import berkuat kuasa pada Selasa setelah Presiden Donald Trump berdegil meneruskan agenda perdagangannya
  • Cukai baharu itu akan dilaksanakan selama 150 hari dan boleh dilanjutkan oleh Kongres
  • Levi baharu akan dikenakan ke atas barangan bernilai AS$1.2 trilion setahun atau kira-kira 34 peratus dari keseluruhan produk import
  • Trump mengancam untuk menaikkan kadar cukai ke atas negara yang cuba 'bermain helah' setelah memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington
  • Kadar awal cukai ditetapkan adalah sebanyak 10 peratus dan kemudiannya dinaikkan kepada 15 peratus dengan pengecualian untuk barangan tertakluk kepada siasatan khusus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!