Keluarga terpaksa bawa mayat ke bank kerana isu tuntutan insurans

Mayat mangsa dibuka dari keranda dan diletakkan di bank berkenaan sebagai bukti tambahan.- Agensi
Mayat mangsa dibuka dari keranda dan diletakkan di bank berkenaan sebagai bukti tambahan.- Agensi
A
A
A

KWA DUKUZA – Sebuah keluarga di Melville, KwaDukuza, Afrika Selatan, baru-baru ini, terpaksa membawa mayat ahli keluarga mereka ke cawangan Bank Capitec selepas menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengeluaran wang tuntutan insurans kematian.

Peristiwa memilukan ini mencetuskan trauma berganda apabila mayat tersebut terpaksa disimpan sementara di bank sebelum akhirnya dikebumikan dalam keadaan sudah mereput.

Keluarga Maliwa mendedahkan bahawa bank tersebut menuntut bukti tambahan walaupun mereka telah mengemukakan sijil kematian rasmi.

Tekanan dan proses yang berlarutan menyebabkan mayat Elizabeth Maliwa yang telah meninggal dunia selepas lama sakit, terbiar semasa suhu di KwaZulu-Natal melebihi 30 Celsius, sehingga berlaku pereputan sebelum pengebumian.

Christinia Maliwa, anak mangsa berkata, keluarga mereka tidak mempunyai pilihan lain selain membawa mayat ke bank untuk memastikan tuntutan insurans diproses.

“Apa yang boleh kami lakukan apabila sedang berduka dan memerlukan wang untuk pengebumian tetapi bank enggan keluarkan dana?

"Mereka tidak mahu melepaskan tuntutan tanpa bukti bahawa orang yang kami katakan meninggal memang benar-benar meninggal,” katanya.

Apabila mayat dibawa ke cawangan tersebut, kakitangan bank membuka keranda untuk pengesahan sebelum proses tuntutan diteruskan.

Dana akhirnya dimasukkan ke akaun keluarga ketika mereka masih berada di bank, namun kegembiraan itu bertukar cemas apabila polis tiba dan menahan beberapa ahli keluarga atas dakwaan 'merosakkan mayat'.

Artikel Berkaitan:

Mayat tersebut kemudian disimpan di bilik mayat balai polis sebelum akhirnya dikeluarkan dalam keadaan sudah mereput dengan larva, menyebabkan keluarga mengambil keputusan 'mengebumikan' terus tanpa membawanya keluar dari bilik mayat.

Jurucakap Capitec, dalam kenyataan rasmi berkata, mereka memahami kesedihan keluarga dan menegaskan bahawa proses pengesahan tuntutan perlu dilakukan untuk memastikan pembayaran dibuat dengan betul.

“Kami sentiasa menyemak proses kami untuk memastikan keluarga dilayan dengan sebaik mungkin dalam situasi kesedihan,” katanya.

Kejadian ini bukan yang pertama berlaku di cawangan bank Capitec. Pada Julai tahun lalu, keluarga lain juga pernah membawa keranda ke bank berikutan masalah tuntutan.-Agensi

Ringkasan AI

  • Keluarga di Melville, KwaDukuza, Afrika Selatan, membawa mayat ahli keluarga ke bank atas masalah tuntutan insurans
  • Mayat tersebut terpaksa disimpan sementara di bank kerana bank meminta bukti tambahan selain dari sijil kematian
  • Kerana proses yang berlarutan, mayat tersebut mereput akibat suhu di KwaZulu-Natal yang melebihi 30 Celsius
  • Kakitangan bank membuka keranda untuk pengesahan sebelum proses tuntutan diteruskan dan dana dimasukkan ke akaun keluarga
  • Polis menahan beberapa ahli keluarga atas dakwaan 'merosakkan mayat', mayat akhirnya 'dikebumikan' tanpa dikeluarkan dari bilik mayat balai polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!